Apakah Takaful Kucing? Status Terkini & Panduan Pemegang Sijil (2026)
ELIGIBILITY
Description
Our free microchip is only available to dog pet owners on a first come first serve basis. Limited stock available and not all submissions are guaranteed.
If you don't understand any of these words, please don't be shy to email us at hello@oyen.my or drop us a message on our social media pages.
Pet Conditions
Unfortunately, we will not be able to insure all pets. These are some conditions before we can provide cover for your furry friend:
(a) must be aged between twelve (12) weeks to ten (10) years at the start date of your insurance.
(b) be free from injury or physical disability at the start date of your insurance.
(c) be at all times under your care or your family. (Sadly, this means you can't insure stray cats or dogs that don't live with you)
(d) be duly licensed and not fall under banned or restricted breeds as prescribed by the Government or Public or Local Authority (for pet dogs). Here's a link to our FAQ.
(e) be microchipped (for pet dogs)
(f) where your pet is a cat, you must provide medical card certification from a registered veterinarian with details of the pet and its owner including their names and photographs of the pet.
(g) not be a working pet.
Pet Owners
With a cute pet, comes big responsibility. The Pet Owners need to satisfy the following criteria:
(a) be aged eighteen (18) years or older; and
(b) be the owner of the pet (Proof: legal name shown on vet medical card or receipt)
(c) the pet insurance is not transferable to other pets.
Residence and Country Limit
A pet is covered under this policy only while the pet is in Malaysia.
Your pet must reside permanently with you at the address within Malaysia stated in the schedule.
Apakah Takaful Kucing? Status Terkini & Panduan Pemegang Sijil (2026)
✈️ Are you travelling soon?
Your phone number
Get a special pet boarding discount from us! 🤩
Table of content
Kemas kini (5 Mei 2026): Takaful Kucing kini tidak lagi dibuka untuk pendaftaran baharu. Pemegang sijil sedia ada kekal dilindungi sehingga sijil tamat. Jika sijil anda tamat pada atau selepas 5 Julai 2026, anda tidak lagi boleh memperbaharui Takaful Kucing, tetapi anda boleh memperbaharui ke insurans kucing konvensional MSIG. Tuntutan yang sah masih diuruskan mengikut terma sijil sedia ada.
Takaful Kucing pernah menjadi salah satu produk perlindungan Oyen, direka khas untuk pemilik kucing yang mahukan perlindungan patuh syariah. Mulai 5 Mei 2026, produk ini tidak lagi dibuka untuk pendaftaran baharu. Kami kekalkan artikel ini sebagai rujukan untuk menerangkan apa itu Takaful Kucing, bagaimana ia berfungsi, dan apa yang perlu diketahui oleh pemegang sijil sedia ada.
Untuk pemegang sijil Takaful Kucing sedia ada
Kalau anda sudah memegang sijil Takaful Kucing, jangan risau. Perlindungan anda kekal sah sehingga sijil anda tamat. Berikut perkara penting yang perlu anda tahu:
- Perlindungan anda diteruskan seperti biasa sehingga tarikh tamat sijil.
- Tuntutan yang sah untuk sijil yang masih aktif tetap diuruskan mengikut terma sijil sedia ada anda.
- Jika sijil anda tamat pada atau selepas 5 Julai 2026, anda tidak lagi boleh memperbaharui ke Takaful Kucing. Anda masih boleh meneruskan perlindungan kucing anda dengan memperbaharui ke insurans kucing konvensional MSIG.
Kalau anda tidak pasti bila sijil anda tamat atau ingin tahu pilihan pembaharuan, hubungi pasukan Oyen dan kami dengan senang hati bantu anda. 😊
Apa itu Takaful Kucing?
Berbeza dengan insurans kucing, Takaful Kucing menggunakan konsep prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Bagi konsep takaful, ia memberikan perlindungan bersama dan menawarkan perkongsian risiko sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
Peserta sijil takaful membuat sumbangan bersama, dan sekiranya terdapat tuntutan, ia dikongsi oleh semua peserta sijil takaful berdasarkan perjanjian takaful yang dipersetujui.
Beza Takaful Kucing dengan insurans kucing
Apakah yang membezakan antara takaful dan insurans konvensional? Jadual di bawah menerangkan perbandingan asas antara kedua-dua konsep produk ini:
| Insurans | Takaful |
| Menggunakan konsep akad jual beli. | Menggunakan konsep Tabarru. Caruman yang dibayar dianggap sebagai sumbangan bagi pemegang sijil takaful yang lain. Sekiranya pemegang sijil takaful lain ditimpa musibah, sumbangan ini akan digunakan. |
| Di bawah undang-undang kerajaan | Di bawah undang-undang syariah dan undang-undang kerajaan |
| Ada unsur riba. Pelaburan konvensional yang digunakan oleh insurans tidak mempunyai badan yang mengawalselia. | Tiada unsur riba. Setiap pelaburan perlu mematuhi syariah dan melalui badan Syariah Advisory Council/Committee. Keuntungan dikongsi antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah. |
| Ada unsur Gharar (tidak pasti), Maisir (judi) dan unsur riba | Bebas daripada unsur Gharar (tidak pasti), Maisir (judi) dan unsur riba |
| Risiko dikendalikan oleh syarikat insurans | Risiko dikongsi bersama oleh pencarum yang memberikan sumbangan |
Prinsip takaful kucing yang baik untuk diketahui
Nampak sama, tapi ada sedikit perbezaan. Dalam Takaful Kucing, terdapat beberapa prinsip yang hampir sama dengan insurans tetapi menggunakan istilah yang berbeza.
| Insurans | Istilah | Takaful |
| Menggunakan kontrak antara pemegang polisi dan syarikat insurans | Kontrak | Kontrak yang digunakan disebut sebagai Sijil Takaful |
| Menggunakan istilah premium, iaitu jumlah yang dibayar oleh pemegang polisi kepada syarikat insurans untuk perlindungan | Premium vs Sumbangan | Sumbangan diberikan dengan konsep derma bersyarat. Perlindungan diberikan kepada peserta takaful lain yang layak dengan konsep perkongsian bersama. |
| Perlindungan diberikan kepada orang atau entiti yang dilindungi dalam polisi insurans | Yang dilindungi | Dalam sijil takaful, ia merujuk kepada peserta yang menyumbang kepada sumbangan Takaful |
| Tuntutan bermaksud tuntutan rasmi oleh pemegang polisi kepada syarikat insurans untuk pembayaran berdasarkan polisi | Tuntutan | Caruman bagi sijil takaful diberikan berdasarkan perjanjian dalam Takaful |
Salah faham tentang konsep insurans dan takaful
Berikut beberapa salah faham yang biasa tentang perbandingan konsep insurans dan takaful:
| Insurans | Konsep | Takaful |
| Ramai beranggapan insurans hanya melibatkan faedah. Biasanya ia salah satu strategi pelaburan dan tidak semestinya hanya melibatkan faedah. | Riba atau faedah | Ramai beranggapan Takaful langsung tidak berkaitan keuntungan. Sebenarnya takaful mengelakkan unsur Riba tetapi masih boleh memperoleh keuntungan daripada pelaburan patuh syariah. |
| Insurans melibatkan pengumpulan risiko, tetapi tidak semestinya perkongsian risiko. Syarikat insurans menilai risiko dan pemegang polisi membayar premium. | Perkongsian risiko | Takaful sering disalah anggap hanya berdasarkan perkongsian risiko antara peserta. Namun syarikat takaful juga mengendalikan dana berdasarkan konsep Mudarabah atau Wakalah. |
| Ramai salah faham pemegang insurans konvensional tidak terlibat keuntungan. Walaupun tidak langsung, ia biasa diperoleh melalui dividen atau premium yang berkurang. | Untung dan rugi | Ada beranggapan keuntungan dijamin dalam takaful. Sebenarnya setiap untung dan rugi dikongsi bersama dan syarikat takaful mengenakan yuran pengurusan dana. |
| Ramai beranggapan pelaburan insurans konvensional dilakukan tanpa etika. Sebenarnya kebanyakan syarikat insurans mempunyai polisi pelaburan bertanggungjawab. | Strategi pelaburan | Ada beranggapan pelaburan takaful terhad kepada industri tertentu. Sebenarnya pelaburan patuh syariah meliputi pelbagai sektor seperti ekuiti, hartanah dan aset lain yang dibenarkan. |
| Bayaran premium insurans sering dianggap lebih murah. Sebenarnya ia bergantung pelbagai faktor. | Kos yang terlibat | Ramai beranggapan caruman takaful mahal. Namun ia bergantung kepada Syarikat Takaful dan yuran pengurusan yang dikenakan. |
| Insurans konvensional terbuka kepada semua | Agama | Ramai beranggapan Takaful hanya untuk yang beragama Islam. Sebenarnya Takaful adalah inklusif, menyambut pencaruman dari semua latar belakang. |
Apa yang dilindungi Takaful Kucing dahulu?
Untuk rujukan pemegang sijil sedia ada, pelan Takaful Kucing mempunyai penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap tuntutan daripada bil veterinar.
Yang dilindungi di bawah bil veterinar
Antara perkara yang boleh dituntut dalam bil veterinar:
- Sesi konsultasi dengan doktor veterinar
- Ujian darah, X-Ray, urinalysis dan lain-lain
- Ubat-ubatan
- Sebarang ujian diagnostik untuk mengesan penyakit dan kecederaan
- Pembedahan
- Caj bermalam di klinik
Penyakit dan kecederaan yang dilindungi
- Asma
- Kecederaan dan kemalangan
- Kanser dan/atau tumor
- Penyakit buah pinggang
- Diabetes
- FIV
- FeLV
- Feline Upper Respiratory Disease
- Serangan jantung/penyakit
- Sporo, parvo, distemper
- Penyakit/jangkitan kulit
- Penyakit ringan seperti demam, selsema, cirit birit dan banyak lagi
Senarai penyakit ini hanya panduan umum. Pemegang sijil sedia ada boleh merujuk kembali kepada sijil takaful masing-masing.
Penyakit yang tidak dilindungi
Produk ini, seperti Takaful untuk manusia, tidak melindungi tuntutan yang disebabkan oleh perkara berikut:
- Keadaan sedia ada
- Rawatan gigi atau gusi
- Rawatan rutin dan pencegahan (contohnya vaksin)
- Kehamilan, kelahiran atau pembiakan (dan komplikasinya)
- Alat bantuan, prosthesis dan e-kolar
- Keadaan kongenital
- Keadaan/penyakit keturunan
- Makanan, suplemen, vitamin
Untuk maklumat lengkap, pemegang sijil sedia ada boleh melihat Sijil Takaful Kucing dan Lembaran Pendedahan Produk.
Butiran pelan Takaful Kucing (rujukan sejarah)
Sebagai konteks untuk pemegang sijil sedia ada, pelan Takaful Kucing dahulu menyediakan manfaat berikut:
| Prosedur klinik yang boleh dituntut: - Kos konsultasi/rundingan veterinar - Ubat preskripsi - Ujian diagnostik/makmal - Bayaran pembedahan & bilik bedah |
✅ |
| Had bil veterinar (tahunan) | sehingga RM8,000 |
| Caj rawatan susulan | sehingga 60 hari |
| Kos penginapan klinik vet/hospital | ✅ |
| Liabiliti pihak ketiga (tertakluk kepada deduktibel) | ✅ |
| Perbelanjaan pengebumian | ✅ |
| 💡 Tertakluk kepada penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap tuntutan |
Had RM8,000 di atas merujuk kepada pelan Takaful Kucing yang lalu dan hanya berkaitan dengan sijil sedia ada. Ia bukan had untuk pelan baharu.
Bagaimana pemegang sijil membuat tuntutan?
Bagi sijil Takaful Kucing yang masih aktif, tuntutan boleh dibuat dengan cara berikut:
- Lawati mana-mana veterinar (Oyen tiada klinik panel)
- Dapatkan butiran lanjut tentang diagnosis & resit lengkap
- Isi borang tuntutan dalam akaun Oyen anda
- Selesai! Tuntutan akan dikreditkan ke akaun selepas diluluskan dalam jangka 2-3 minggu
Baharu ingin melindungi kucing anda?
Takaful Kucing tidak lagi dibuka untuk pendaftaran baharu. Kalau anda baharu ingin melindungi kucing anda, Oyen menawarkan insurans kucing konvensional yang diunderait oleh MSIG. Anda boleh menuntut sehingga 90% bil veterinar sehingga RM10,000 setahun, di mana-mana klinik veterinar berlesen di Malaysia.
Semak kelayakan kucing anda di sini untuk bermula.
_Takaful Kucing diunderait oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad. Tertakluk kepada terma dan syarat sijil.