8 Jenama Makanan Kucing Untuk Gemuk

8 Jenama Makanan Kucing Untuk Gemuk

Penafian: Artikel ini menyediakan panduan umum mengenai kesihatan haiwan peliharaan di Malaysia. Kos rawatan berbeza mengikut klinik, lokasi, dan tahap keterukan. Sentiasa dapatkan nasihat doktor veterinar berlesen untuk nasihat perubatan khusus bagi haiwan peliharaan anda.

Bagi pemilik kucing, pastinya anda inginkan kucing kesayangan kelihatan sihat dan gebu? Namun, bagaimana pula sekiranya kucing yang dibela semakin kurus dari hari ke hari? Bimbangnya!

Salah satu cara untuk menambah berat badan kucing yang mengalami masalah kurang berat badan ini ialah memberikan makanan yang akan membantu menambah berat badan. Kali ini, Oyen akan kongsikan kepada anda senarai 8 jenama makanan kucing untuk gemuk.

Sebelum itu, jom kita belajar beberapa fakta mengenai berat badan kucing yang anda perlu tahu.

Berapa berat badan normal kucing?

Secara umumnya, berat badan normal kucing biasanya dalam anggaran 4kg - 4.5 kg. Namun, ia juga bergantung kepada jenis baka kucing tersebut. Kucing dengan baka yang lebih besar akan mempunyai berat badan yang lebih berat.

Tanda kucing kurus dan tidak sihat

Sebagai panduan umum, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengesan dan menentukan adakah kucing anda sebenarnya berada dalam kategori kurus dan kurang berat badan.

Berikut merupakan empat bahagian badan yang boleh diperhatikan iaitu:

  1. Tulang rusuk
    Bahagian tulang rusuk akan jelas kelihatan dan boleh dirasa dengan sentuhan tangan
  2. Tulang punggung
    Bahagian tulang punggung dan belakang badan akan nampak timbul dengan tanpa atau hanya sedikit lapisan lemak
  3. Perut
    Perut dalam keadaan leper di belakang tulang rusuk. Sekiranya kucing anda berbadan kurus, tetapi mempunyai perut atau buncit, ia mungkin merupakan tanda-tanda awal penyakit kucing lain yang membawa maut.
  4. Tulang belakang
    Bahagian tulang belakang jelas menampakkan tulang. Lapisan lemak hanya sedikit atau tiada langsung.

Mengapa kucing boleh kurus atau hilang berat badan?

Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa kucing boleh kurus atau hilang berat badan? Apakah punca sebenar perkara ini boleh berlaku.

Bagi kucing, kehilangan berat badan boleh berlaku disebabkan faktor usia, namun ia juga boleh disebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:

Tips merawat kucing kurus kering

Salah satu cara merawat kucing yang kurus kering adalah mengesan sekiranya ada masalah lain seperti penyakit dan sebagainya. Sebagai pemilik kucing pula, salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah mengubah diet pemakanan atau gaya hidup mereka.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan sebagai salah satu cara membuat kucing gemuk dan bulu lebat:

Jenama makanan kucing yang bagus untuk bulu dan gemuk

Bagi membantu kucing menambah berat badan, anda perlu memastikan makanan kucing yang diperbuat daripada bahan utama seperti daging, ayam atau ikan akan lebih menarik dan mudah dihadam.

Bagi makanan dry food, kucing yang kurus perlu mengambil makanan dengan kandungan 30% protein dan juga 20% lemak, manakala wet food dengan kandungan 7% protein dan juga 5% lemak, atau lebih tinggi.

Jom kita lihat senarai jenama makanan kucing yang anda boleh cuba di pasaran:

1. Hill's Science Diet Adult Perfect Weight

Hill’s Science Diet Adult Perfect Weight diformulasikan untuk membantu kucing mencapai berat badan ideal dengan menambah otot tanpa meningkatkan lemak berlebihan. Mengandungi protein berkualiti tinggi dan serat yang seimbang, makanan ini menyokong sistem penghadaman yang sihat. Ia juga kaya dengan antioksidan untuk memperkuatkan sistem imun serta menjaga kesihatan kulit dan bulu kucing.

2. LeaH Premium Cat Food

Leah Premium Cat Food merupakan pilihan yang sangat baik untuk kucing yang memerlukan diet seimbang dan penuh nutrisi. Mengandungi campuran protein berkualiti dan bahan semula jadi yang memberikan tenaga dan meningkatkan kesihatan bulu serta kulit dengan tambahan rumpai laut.

3. Royal Canin Recovery RS Wet Food

Royal Canin Recovery RS Wet Food sesuai untuk kucing yang sedang dalam pemulihan selepas pembedahan atau penyakit. Makanan ini kaya dengan kalori dan nutrien yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan dengan cepat.

4. Tiki Cat After Dark Chick Recipe

Tiki Cat After Dark mengandungi protein tinggi dari ayam dan kambingyang mudah dicerna, meningkatkan berat badan dengan sihat. Bebas karbohidrat dan tanpa pemekat tambahan, menjadikannya pilihan terbaik untuk kucing yang sensitif terhadap bahan tambahan.

5. IAMS Proactive Health Premium Cat Food

IAMS Proactive Health mengandungi protein tinggi daripada ayam dan salmon, memberikan kucing tenaga yang diperlukan untuk membina otot dan meningkatkan berat badan. Makanan ini juga menyokong kesihatan sistem penghadaman dan jantung kucing.

6. Pro Plan® Adult Sensitive with Chicken in Gravy

Pro Plan® Adult Sensitive dengan ayam dalam kuah ini sesuai untuk kucing yang mempunyai masalah penghadaman. Mengandungi probiotik yang membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik, dan memberikan kalori tinggi untuk kucing yang memerlukan penambahan berat badan.

7. Royal Canin Mother & Babycat

Royal Canin Mother & Babycat menyediakan nutrisi yang sangat baik untuk anak kucing serta ibu yang mengandung atau menyusu. Makanan ini mengandungi antioksidan yang kuat dan nutrisi mudah dihadam untuk membantu perkembangan optimal anak kucing dan ibu mereka.

8. Instinct Original Grain-Free Recipe with Real Chicken

Instinct menawarkan protein beku semula jadi dari ayam yang membantu menambah berat badan dan meningkatkan tenaga kucing. Makanan ini bebas bijirin dan kaya dengan lemak yang diperlukan untuk pemulihan badan dan penghasilan tenaga yang berterusan.

Penutup

Tidak kira masalah kucing kurus atau kucing gemuk, pastinya sebagai seorang pemilik kucing, kita inginkan yang terbaik untuk si comel ini. Sekiranya anda sudah memberikan penjagaan makanan yang terbaik untuk kucing kesayangan, apa kata kali ini berikan perlindungan kesihatan yang terbaik pula?

Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.